SchoolLogo

Sunday March 26, 2017
Home  //  // School // Curricular //

06
May 2011
Print
Email
1

Ahli Jawatankuasa

A Jawatankuasa Kurikulum akan diketuai oleh Pengetua.
B PK1, PKHEM, PKKK serta Penyelia Petang akan menjadi Urus setia.
C Ketua-ketua Bidang, guru cemerlang dan guru SPBT, Pusat Sumber serta Setiausaha peperiksaan ialah ahli-ahli tetap.
D AJK Kurikulum akan terdiri daripada semua Ketua Panitia dan Penolong Ketua Panitia bagi setiap mata pelajaran dan Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Enam.
2

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum

A Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum akan diadakan 4 kali setahun.
B Tarikh mesyuarat akan ditetapkan dalam Takwim sekolah.
C Minit mesyuarat akan diedarkan melalui Pigeon Hole peribadi.
3A

Penilaian & Peperiksaan

I Penilaian kemajuan pelajar secara wajib akan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Pakej ini akan terdiri daripada 2 Ujian Pertengahan Semester , 2 Ujian Semester dan sekurang-kurangnya 6 Ujian Topikal.
II Tarikh, Ujian-ujian Pertengahan Semester dan Semester akan ditetapkan dalam Takwim Sekolah.
III Tarikh ujian-ujian topikal akan ditetapkan oleh guru mata pelajaran.
IV Instrumen keputusan setiap ujian topikal akan diserahkan kepada Urus setia melalui Ketua-ketua / Penyelaras Panitia.
V Rekod keputusan Ujian Pertengahan Semester dan Semester akan diserahkan kepada Urus setia melalui Guru Tingkatan.
VI Rekod keputusan harus dilengkapkan dengan analisis trend turun naik individu, kelemahan kelas ( sama ada kelemahan dalam penguasaan asas iaitu pengetahuan) dan cadangan untuk mengambil tindakan susulan, iaitu proses penambahbaikan.
VII Kedudukan pelajar dalam Ujian Pertengahan Semester serta Semester dari Peralihan ke Tingkatan 3 akan ditentukan oleh kelulusan dengan Gred D dalam semua mata pelajaran dan markah purata daripada semua mata pelajaran.
VII Kedudukan pelajar bagi Tingkatan 4 dan 5 akan ditentukan oleh kredit dalam Bahasa Melayu dan markah purata dari semua mata pelajaran lain.
IX Matriks Penggredan Markah Ujian- Peralihan Ke Tingkatan 5
MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS
GRED MARKAH GRED MARKAH
A 80 - 100 A1 75 - 100
A2 70 - 74
B 70 - 79 B3 65 - 69
B4 60 - 64
C 60 - 69 C5 55 - 59
C6 50 - 54
D 40 - 59 P7 45 - 49
P8 40 - 44
E 0 - 39 G9 0 - 39
X Kedudukan pelajar bagi Tingkatan 4 dan 5 akan ditentukan oleh kredit dalam Bahasa Melayu dan markah daripada semua mata pelajaran.
XI Bagi mata pelajaran Pendidikan Moral pada peringkat Peralihan hingga Tingkatan 3, wajaran markah ialah 30% amali dan 70% bertulis. Pada peringkat 4 hingga 5, wajaran ialah 10% amali dan 90% bertulis.
XII Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, wajaran markah adalah 30% amali dan 70% bertulis di setiap Tingkatan.
XIII Bagi mata pelajaran yang tidak terbabit dalam PMR dan SPM, julat antara markah yang tertinggi dengan yang terendah tidak akan melebihi 15.
XIV 10% daripada Ujian akhir Tahun akan datang daripada keempat-empat Ujian Bulanan.
XV Kedudukan pada peringkat Tingkatan 6 atas dan bawah akan ditentukan oleh kelulusan sepenuh (P) dalam mata pelajaran Pengajian Am, purata NGMP ( Nilai Gred Mata Pelajaran ) untuk 4 mata pelajaran terbaik dan jumlah markah yang diperoleh.
XVI Matrix Penggredan Markah Ujian - Tingkatan 6

TINGKATAN 6 ATAS & BAWAH

GRED MARKAH NGMP
A 80 - 100 4
A- 75 - 79 3.67
B+ 70 - 74 3.33
B 65 - 69 3.00
B- 60 - 64 2.67
C+ 55 - 59 2.33
C 50 - 54 2.00
C- 45 - 49 1.67
D+ 40 - 44 1.33
D 35 - 39 1.00
F 0 - 34 0.00

A ke C Lulus sepenuh ( P )

C- ke D Lulus sebahagian ( R )

F Gagal

3B

Instrumen Penilaian ( Kertas Ujian )

  1 Soalan-soalan yang sedia ada dalam buku rujukan atau kerja tidak boleh diambil secara menyeluruh tanpa pindaan.
  2 Segala ujian yang dirancangkan mesti dalam bentuk penilaian. Konsep penilaian membawa implikasi tindakan susulan secara pembetulan dan pembaikan akan dilaksanakan. Ujian sumatif 'an end in itseif' tidak akan diadakan pada peringat sekolah.
  3 Guru yang menyediakan kertas soalan khususnya untuk setiap tingkatan dikehendaki memastikan masa sekurang-kurangnya 3 hari ( ujian topikal 2 minggu ( ujian penggal ) diberi kepada pencetak,Penyedia soalan mesti memastikan kertas-kertas soalan adalah mencukupi, distaple dan disimpan dalam rak yang betul.
  4 Instrumen Penilaian/ Kertas Ujian ( Semester ) mesti ditapis oleh seorang guru lain yang berada dalam Panitia yang sama sebelum dihantar untuk pencetakan.
3C

JPU / JSU

  1 Jadual Penentuan ( spesifikasi ) Ujian mesti disediakan oleh semua guru bagi setiap mata pelajaran mengikut tingkatan.
  2 Soalan-soalan yang terdapat dalam Bank Soalan mesti diklasifikasikan mengikut tahap kesukaran ; umpamanya taksanomi Bloom.
  3 Analisis prestasi pelajar dalam ujian mesti dilakukan sekurang-kurangnya bagi salah satu ujian penggal.
4

Kerja Bertulis / Kerja Rumah

I Latihan bertulis dan latihan tubi secara lisan mesti diberi sebagai pengukuhan dan pengayaan dalam setiap pelajaran.
II Untuk memenuhi keperluan individu, jumlah kerja bertulis harus melebihi tahap minimum; pelajar yang rajin dan lebih cerdas digalakkan membuat lebih daripada tahap minimum itu.
III Semua kerja bertulis harus disemak secara teliti, konstruktif dan pembetulan harus dibuat oleh pelajar berkenaan.
IV Kerja bertulis bagi setiap mata pelajaran dalam setiap kelas akan dipantau sekali sebulan oleh seorang guru mengikut giliran yang ditetapkan oleh Ketua Panitia.
V Senarai semak pemantauan kerja bertulis akan diserahkan kepada Urus setia melalui Penyelaras Panitia pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.
VI Kerja bertulis yang dibuat dalam helaian atau lembaran harus difailkan.
VII Setiap guru dikehendaki membuat catatan dalam Rekod Pemantauan Kerja Bertulis yang berada dalam setiap kelas.
5

Urus setia Panitia

I Fokus akan ditumpukan pada masalah-masalah proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas dan pengetahuan.
II Kelemahan-kelemahan umum akan dikenal pasti dan disenaraikan. Pelan Tindakan yang disatukan ( consolidated Action Plan ) akan disediakan. Pada peingkat Panitia Pelan tindakan akan mengandungi aktiviti-aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman guru.
III Segala aktiviti yang dijalankan harus berkesan dan membawa impak dari segi peningkatan proses pengajaran dan pemelajaran.
IV Instrumen penilaian/ kertas ujian harus diselaraskan dan penyediaannya harus mengikut giliran.
V Fail-fail yang harus diwujudkan terdiri daripada:-
  • Fail Minit Mesyuarat
  • Fail Rancangan/Pelan Tindakan Individu dan Yang disatukan
  • Fail PKSM/PKBS
  • Fail senarai semak Kerja Bertulis
  • Fail Bank Soalan
  • Fail Perkembangan Staf/Latihan Dalaman
  • Fail Pencerapan dan
  • Fail Aktiviti / Program lain

Fail-fail harus mempunyai rujukan yang selaras dengan sistem fail sekolah.

VI Panitia akan berjumpa sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
  • Mesyuarat awal tahun akan menyediakan rancangan tahunan dan pelan tindakan di samping menetapkan sasaran tahunan. Keputusan PMR akan dibincangkan bersama.
  • Mesyuarat pertengahan tahun akan membuat analisis terhadap kemajuan pelajar dan menambahbaikan segala aktiviti/program yang masih kurang membawa impak yang diharapkan. Keputusan SPM dan STPM akan dibincangkan secara mendalam.
  • Mesyuarat ketiga akan mengkaji semula segala aktiviti/program dalam pelan tindakan dan menilai keberkesanan prgram yang membolehkan pelajar mencapai sasaran yang ditetapkan pada awal tahun.
  • Mesyuarat keempat pada penghujung tahun akan diadakan untuk menyediakan laporan tahunan di samping membuat rancangan untuk tahun akan datang, khususnya dari segi:
    • Pemilihan buku kerja
    • Penentuan buku dan bahan rujukan
    • Pengagihan tingkatan dan kelas kepada ahli-ahli mata pelajaran.
    • Merancang aktiviti dan anggaran untuk tahun akan datang.
    • Kecukupan tenaga pengajar
    • Rekod persdiaan mengajar.
VII Aktiviti /program yang dicadangkan ialah:-
  • Sesi pengayaan/pemulihan bagi kumpulan sasaran.
  • Latihan latih tubi bertulis - proses pengukuhan
  • Ulangkaji Intensif.
  • Format kertas ujian yang strategik
  • Penilaian secara berterusan.
VIII Tugas-tugas ikhtisas akan dibahagikan kepada ahli-ahlinya mengikut pengalaman dan kebolehan.
6

Program Ulangkaji

  1 Guru mata pelajaran Tingkatan 3,5 dan 6 dikehendaki menghabiskan sukatan pelajaran pada tarikh yang ditetapkan dalam Takwim sekolah. Sekiranya pada pendapat profesional guru sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan pada tarikh tersebut, kelas tambahan mesti diadakan.
  2 Ulangkaji 'overlapping' bagi sukatan pelajaran tahun/tahun-tahun lepas mesti dijalankan secara terancang, beransur maju dan berterusan dari bulan Januari hingga Ujian percubaan ke-2. Guru mata pelajaran akan mengenal pasti topik untuk dinilai dan menetapkan tarikh untuk mengadakan ujian. Pelajar akan membuat ulangkaji sendiri. Mengikut konsep 'Mastering learning' , skiranya prestasi pelajar tidak mencapai tahap kelulusan yang ditetapkan oleh guru, topik-topik berkenaan harus diajar semula. Kemudian penilaian akan diadakan semula bagi topik yang sama. Usaha ini akan diulang sehingga pelajar-pelajar menunjukkan prestasi yang boleh diterima.
  3 Program ulangkaji intensif yang berjadual mesti disediakan pada tarikh yang ditetapkan dalam Takwim sekolah. Isi kandungan dan tarikh program mesti lengkap. Pelaksanaan program akan dipantau oleh PK1. Program ulangkaji intentif secara bertulis mesti diserahkan kepada PK1 satu minggu sebelum tarikh bermula.
7

Pencerapan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

  A Setiap guru mesti mencerap atau dicerap sekurang-kurangnya satu kali dalam satu tahun akademik.
  B Pencerapan berdasarkan rakan sekerja dalam Panitia sama mesti diadakan dalam penggal pertama. Borang pencerapan yang lengkap diisi mesti diserahkan kepada PK1 melalui Ketua Panitia sebelum hari terakhir penggal pertama.
  C Semua guru digalakkan membuat cadangan untuk sesi perkembangan staf.
8 Perkembangan Staf & Latihan Dalaman 'In-house Traning'
  A Setiap panitia akan mengemukakan cadangan untuk mengadakan perkembangan staf sekiranya perlu. Seorang pakar sama ada dalam kalangan staf sendiri atau dari luar boleh dijemput untuk menjalankan sesi perkembangan staf.
  B Latihan dalaman perlu diadakan sebaik sahaja seorang ahli panitia telah menghadiri kursus atau taklimat yang berkaitan dengan mata pelajaran atau profesionnya.
9

Pusat Sumber

  A Pusat sumber sekolah terdiri daripada Perpustakaan, Bilik Sumber, Bilik AVA dan Bilik Arkib.
  B Bilik Sumber akan digunakan untuk menyimpan dan mengesan penggunaan alat/bahan bantu mengajar, dokumen-dokumen asas P & P seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Kemajuan Perkhidmata Awam, Warta kerajaan, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, modul-modul serta buku-buku rujukan.
  C Bahan-bahan ikhtisas asas yang diterima oleh setiap Ketua unit akan disimpan dalam Bilik Sumber. Salinan fotostat boleh dibuat untuk diedarkan/digunakan.
  D Guru-guru digalakkan menggunakan Bilik sumber. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan Bilik Sumber.
  E Bilik AVA akan digunakan untuk tayangan, kursus, ceramah, mesyuarat staf dan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh Pejabat.
  F Bilik Arkib akan digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen rasmi lama seperti buku rekod mengajar, fail, bil, baucer, buku kedatangan pelajar dan sebagainya.
10

Penetapan Sasaran & Tindakan Susulan

A Sebelum setiap penilaian/ujian/peperiksaan, guru mata pelajaran dikehendaki menetapkan sasaran bagi setiap orang pelajar.
B Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar berusaha dengan bersungguh-sungguh agar potensinya dapat direalisasikan.
C Sasaran dalam Gred atau markah mestilah munasabah supaya tidak menjadi tekanan berketerlaluan kepada pelajar.
D Guu Tingkatan akan menentukan bilangan sasaran ( mata pelajaran ) yang harus dicapai oleh setiap orang pelajar.
E Tindakan susulan harus diambil oleh Guru Tingkatan selepas setiap penilaian/ ujian / peperiksaan secara konstruktif terhadap pelajar yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan oleh guru.
F Pelajar yang tidak memperlihatkan perubahan sama ada dari segi sikap, prestasi atau minat mesti dirujuk kepada Pengetua.
G Tindakan-tindakan yang dicadangkan adalah seperti berikut : -
  • membuat semula penilaian yang serupa.
  • ditahan selepas waktu terakhir untuk membuat pembetulan.
  • membuat kerja komuniti pada hari Sabtu.
  • diberi kebenaran merotan pada tapak tangan.
  • ibu bapa dipanggil untuk berbincang.
  • lain-lain tindakan yang konstruktif.

 

googleplus2 

Daily Bread

  • When students from Southeast Asia met a teacher from North America, the visiting instructor learned a lesson. After giving his class their first multiple-choice test, he was surprised to find many questions left unanswered. While handing back the corrected papers, he suggested that, next time, instead of leaving answers blank they should take a guess. Surprised, one of the students raised their hand and asked, “What if I accidentally get the answer right? I would be implying that I knew...

mySchool

Visitor Counter

Website Hit Counter

Who's Online

We have 84 guests and no members online

  • Tarikh Kemaskini : Saturday 25 March 2017.